Kita selalu sahaja hilang sosej ke bawah grill atau nak balikkan burger terbang ke tepi atau terjatuh ke bawah kan.
Untuk elakkan perkara itu terjadi, kenalah gunakan peralatan yang sesuai ketika berBBQ. Seperti gunakan jaring untuk membakar ikan. Bila guna jaring ni, mudahlah nak balik balikkan ikan dan mudah dikendalikan, terutama ketika api tengah marak. Berbanding nak alihkan satu persatu ikan. Lagi pun ikan ini dagingnya lembut, mudah sangat melekat kat grill. Terutama bila nak balik balikkan ikan tu.
Penyepit sudah menjadi alat yang wajib ketika BBQ, pilih penyepit yang panjang untuk mengurangkan haba yang panas terkena tangan. Seelok eloknya pakai sarung tangan yang sesuai untuk BBQ. Elakkan sarung tangan yang mudah terbakar ya. INGAT, anda bermain dengan api. Penyepit yang baik memudahkan anda mengendalikan makanan anda dengan baik. Kadang kadang makanan terjatuh kerana penyepit kurang baik.
Bila anda membakar daging burger alat yang sesuai adalah penyudip yang digunakan untuk membalikkan daging burger. Jika anda menggunakan penyepit, apa yang akan berlaku adalah daging burger anda akan terkoyak.
Berus anda gunakan untuk menyapu lebihan bahan perapan atau juga sos bbq pada daging bbq anda. Ada jenis kain dan juga silicone. Jenis silicone mudah untuk dibersihkan. Dan berus yang paling selalu kita guna adalah, sebatang serai atau juga seikat daun pandan.
Berus dawai semestinya perlu ada. Jika anda menggunakan gas grill atau grill arang yang baik, faktor kebersihan perlu diambil kira. Sentiasa panaskan dahulu grill anda. Sebelum meletakkan makanan untuk di panggang, berus terlebih dahulu grill anda untuk membuaang lebihan lebihan makanan yang lepas. Sebab itu perlu memanaskan terlebih dahulu grill anda untuk membakar lebihan makanan yang lepas. Ini juga perlu dibuat selepas anda menggunakan grill anda.
Sebelum meletakan daging ke grill, sapu dahulu minyak untuk mengelakkan makanan anda melekat di grill.
Next
TIPS BBQ NO. 4 – MARINATE, MARINATE, MARINATE
Korang nak dapatkan tips ni ke?
Bagi komen sikit
Leave a Reply