RESIPI AYAM TANDOORI
==================

Bahan-bahan:

  1. 1 ekor ayam (dibelah 12)
  2.  8 biji bawang merah
  3. 8 ulas bawang putih
  4. 8 cm halia
  5. 1 tbs serbuk cili kering
  6.  1/4 cawan yogurt
  7. 1 tbs gula
  8. 1 tsp garam
  9. Minyak masak
  10. 1 pek REMPAH HILMIES BBQ
  11. 1 biji limau nipis

Cara-caranya:


1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Di dalam bekas lain, satukan semua bahan tersebut.

Satukan bahan kisar dan bahan lain ke dalam satu bekas lain.

Di dalam gambar, serbuk berwarna coklat keorenan adalah serbuk cili, yang berwarna kuning adalah rempah Hilmies BBQ dan berwarna putih adalah yogurt.

Kemudian masukkan sedikit minyak masak. Anggaran hingga semua bahan mesra dan mudah digaul.
Perahkan jus perahan air limau nipis. Boleh gantikan dengan lemon.
Gaul sebati bahan perap dan tuangkan pada ayam. Perap selama 1 jam atau lebih.
  • Panggang di dalam oven pada suhu 190 darjah selama 40 minit atau hingga masak. Tips nak pastikan ayam betul betul masak adalah saya akan set pada 10 minit kemudian saya terbalikkan ayam.
  • Set lagi 10 minit dan terbalikkan ayam. Set lagi 10 minit dan terbalikkan ayam lagi sehingga 40 minit atau lebih. Jika kita lihat ayam agak kering, boleh picitkan sedikit minyak atau celupkan ayam semula ke dalam bancuhan tandoori.

Alhamdulillah, cantik kejadian ayam tandoori kita. Bakar menggunakan oven.

Tips jika menggunakan pemanggang ajaib.
===============================

1. Picit sedikit minyak di bahagian bawah. Letakkan ayam tersebut.
2. Masak menggunakan api kecil sahaja. Tutup rapat pemanggang.
3. Selepas 10 minit, terbalikkan ayam.
4. Ulang sehingga ayam masak.
5. Untuk mendapatkan efek seolah olah ayam di bakar dengan tandoor, ambil ayam dengan sepit dan bakar direct pada api dapur. Di bahagian luar ayam akan nampak hitam hitam seolah olah dibakar.

Ok.. jelas tipsnya. Selamat Mencuba !

 

Comments

comments

Share This

Share this post with your friends!